Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 28, 2016

VIRAL HINA GAMBAR AHMAD ZAHID TERUS DIKECAM


Viral hina gambar Ahmad Zahid terus dikecam


Kota Bharu - Umno Kota Bharu bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa tindakan terhadap pemilik Facebook Doris Jones yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pertubuhan Suara Wanita Malaysia (Wanitra), Maznah Yaacob berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap viral berkenaan.

“Letak wajah seseorang berbadan anjing dan menyebarkannya di laman sosial termasuk Facebook, perbuatan itu cukup biadab.

“Penghinaan ini tidak patut dilakukan kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada pemimpin tertinggi dalam negara, jadi kami mahu tindakan tegas dilakukan kepada punca viral ini,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam.

Turut membuat laporan polis berhubung perkara itu, Umno Kota Bharu diwakili Kanidy Omar, Persatuan Sukan Tomoi Kelantan diketuai penasihatnya, Datuk Seri Kadir Mahmood, Persatuan Penduduk Lundang Bunut Payong diketuai Rozmee Yaacob serta Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) parlimen Kota Bharu diketuai Mohd Hanafi Husin.

Sementara itu, Kadir berkata, jika tiada tindakan dilakukan teehadap penghinaan tersebut, ia boleh mewujudkan rasa tidak percaya terhadap keselamatan negara.

“Tindakan tegas ini boleh dilakukan dengan menyiasat, menangkap dan membuat hukuman terhadap kesalahan Doris lakukan.

“Doris terang-terangan memfitnah dan menghasut orang lain untuk menjatuhkan kerajaan, malah perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak hormat terhadap pemimpin,” dakwanya.

Beliau turut kesal atas penulisan tidak beretika yang didakwa boleh mengancam keselamatan negara.


0 comments:

share2