Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 28, 2016

GAMBAR 'PELARIAN' MENANG WORLD PRESS PHOTO 2016


Gambar 'pelarian' menang World Press Photo 2016


Gambar kisah seorang pelarian lelaki yang menyelamatkan anak kecilnya untuk melepasi kawat berduri di sempadan Serbia-Hungary ketika waktu malam pada 28 Ogos 2015 diangkat sebagai pemenang gambar terbaik tahun ini.

Gambar yang dirakamkan oleh jurugambar dari Australia, Warren Richardson yang bertajuk ‘Hope For a New Life’ itu telah berjaya memenangi hati juri.

Untuk rekod anugerah ini dijalankan untuk mengangkat gambar terbaik yang telah dirakam oleh jurugambar seluruh dunia.

Beribu pejabat di Amsterdam, Holland pertandingan ini dinilai , bagi pertandingan World Press Photo yang kali ke-59 ini 2016, juri membuat pemilihan dari 82,951 gambar yang dihantar oleh 5,775 jurugambar dari seluruh dunia.

Kali ini, gambar yang memenangi anugerah kebanyakannya datang dari negara yang sedang bergolak. Antaranya, gambar kapal yang membawa pelarian ke Eropah, kedatangan pendatang tanpa izin antara sempadan Amerika-Mexico dan gambar perang di Syria.


0 comments:

share2