Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 8, 2016

OMBAK BESAR: EMPAT KELUARGA KENA PINDAH


ombak


Kuala Nerus - Seramai 29 orang daripada empat keluarga di Kampung Tengah dekat Mengabang Telipot di Batu Rakit di sini, terpaksa berpindah ke rumah saudara mara setelah rumah mereka rosak dipukul ombak susulan fenomena ombak besar yang melanda perairan Terengganu ketika ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Leftenan Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim berkata ombak setinggi 4.5 meter dengan kelajuan angin 60km/jam menyebabkan rumah di tepi pantai berisiko rosak teruk akibat fenomena itu.

"Setakat ini, tiga rumah rosak teruk akibat fenomena itu dan JPAM telah menempatkan seorang pegawai dan enam anggota jabatan untuk memantau kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai ketika ini dan patuhi arahan pasukan keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Lokasi yang terjejas itu terletak kira-kira 200 meter dari kawasan yang terhakis dipukul ombak akhir bulan lepas.


0 comments:

share2