Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 11, 2016

NOMBOR TELEFON ISTIMEWA DENGAN HARGA RM2.91 JUTA




Dubai – Syarikat Gabungan Telekomunikasi Emiriah atau DU menjual nombor telefon bimbit istimewa – 052-1111111 dengan harga Dh2.55 juta (RM2.91 juta) di satu acara lelong kelmarin.

Dalam satu kenyataannya, syarikat berkenaan berkata, satu lagi nombor – 052-5000000 – pula dijual dengan harga Dh1.01 juta (RM1.15 juta).

Satu sumber berkata, nombor 052-12222222 dibeli seorang penduduk dengan harga Dh435,000 (RM496,000).

Secara keseluruhan, jumlah lelongan nombor telefon bimbit itu mencecah Dh7.114 juta (RM8.11 juta).

Naib Presiden Eksekutif DU, Ahmed Aburahima berkata, sebahagian hasil lelongan itu akan didermakan kepada Yayasan Al Jalila yang bertanggungjawab terhadap usaha meningkatkan sektor perubatan dan rawatan kesihatan di negara itu.

Lelongan berkenaan dianjurkan oleh OnLine Auctions.

Pada April tahun lalu, syarikat berkenaan melelong nombor 052-2222222 dengan harga Dh8.1 juta (RM9.19 juta). Ia dibeli seorang ahli perniagaan Dubai.


0 comments:

share2