Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Perdana dengan rentak kurang memuaskan apabila sekadar seri 1-1 ketika berdepan Kuantan FA, malam tadi.
Walaupun beraksi di laman sendiri, tidak banyak percubaan menarik dilancarkan oleh tuan rumah sepanjang babak pertama perlawanan.
Gol Skuad Jang dihasilkan oleh penyerang, Andrew Nabbout yang menerima bola lorongan Muhammad Nizam Mohd Ruslan melalui gerakan di tengah padang pada minit ke-33.
Pemain import berasal dari Australia ini dengan tenang melepaskan rembatan leret ke sebelah kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol Kuantan FA.
Pasukan pelawat pula menyamakan kedudukan pada minit ke-53, menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Dao Bakary.
0 comments:
Post a Comment