Bandaraya Melaka - Enam penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah dalam operasi menangkap individu yang mempunyai waran tangkap, di sekitar negeri ini.
Bagaimanapun, lelaki berusia 40 tahun dan hanya berlari berlengeng itu berjaya ditahan kira-kira 30 meter dari rumahnya di Taman Tangga Batu di sini ketika serbuan kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengarah AADK negeri, Mohamad Yusof Kame berkata, lelaki tersebut bersama lima yang lain adalah orang kena pengawasan (OKP) ditahan dalam Ops Pintu yang dijalankan selama lapan jam berakhir 4 pagi.
"Enam lelaki berusia 24 hingga 50 tahun ini adalah 20 OKP yang disenarai untuk ditangkap pada hari ini kerana melanggar syarat pengawasan termasuk tidak hadir program AADK.
"Kesemua yang ditangkap di bawah Seksyen 6(2) Akta Penangih Dadah 1983 akan dibawa terus ke mahkamah untuk didakwa," katanya selepas operasi di sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment