Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 6, 2016

BOM KL, RUMAH PM: JANGAN CAKAP IKUT SEDAP


Bom KL, rumah PM: Jangan cakap ikut sedap


Petaling Jaya - Tindakan seorang lelaki memuat naik status di laman sosial Facebook kononnya mahu meletupkan Kuala Lumpur dan rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, ia adalah ancaman dan polis akan menjalankan siasatan.

Menurutnya, pihak berkuasa akan mengesan individu yang memuat naik status tersebut.

“Siasatan akan dijalankan dan jika sudah dikenal pasti individu terbabit, kita akan tangkap, siasat dan dakwa.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, kerana jika dia (penulis) itu hendak cakap, ia ada hadnya...jangan cakap ikut sedap saja, kalau ikut sedap, mungkin datangkan masalah pada diri sendiri,” katanya dalam sidang media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya, Ops Selamat 8 di Plaza Tol Litrak, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat sini, semalam.

Dalam kempen berkenaan, Noor Rashid menjangkakan orang ramai mula pulang ke kampung mulai semalam dengan peningkatan kenderaan melebihi 30 peratus berbanding hari biasa.

Pasukan pemantau kesesakan akan mengambil tindakan serta-merta kepada pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya dan beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam perkembangan berlainan, beliau mengulas dakwaan terdapat kedutaan di Malaysia yang menerima panggilan ancaman daripada militan.

Beliau turut menafikan perkara terbabit dan berkata, bagaimanapun, polis sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan tentang isu keselamatan tentang gerakan ancaman.

“Setakat ini, tiada lagi ancaman serius yang diterima dan pihak polis sentiasa berhubung dengan kedutaan-kedutaan tentang perkara ini,” katanya.


1 comments:

  • Anonymous says:
    February 6, 2016 at 2:29 PM

    Siam siagalah...MALAYSIA Kecil ..tak ada tempat Nak Nyorok.. Ke lubang cacing pun polis Akan cari..

share2