Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 6, 2016

[BERA] LEBIH 50 PELATIH PDK DIRAI


Lebih 50 pelatih PDK dirai


Lebih 50 pelatih dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh daerah ini diraikan dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Triang 2, semalam.

Pengerusi PDK Seri Mentari, Yong Kok Hua berkata, anak-anak istimewa itu wajar diraikan bagi menggembirakan mereka yang tidak memahami realiti kehidupan.

Menurutnya, kesemua pelatih PDK terbabit juga masih bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga, guru dan masyarakat sekeliling dalam setiap pergerakan mereka.

“Jadi, sempena Tahun Baharu Cina ini, kita mengambil peluang meraikannya bersama anak-anak istimewa ini bersama PDK di seluruh daerah ini,” katanya.

Kok Hua berkata, selain menceriakan pelatih PDK, perhimpunan itu juga diharap dapat mengekalkan semangat perpaduan di antara kaum di daerah ini.

“Saya mahu aktiviti ini dijadikan asas untuk menguatkan perpaduan kaum dan secara tidak langsung masyarakat Cina dapat memperkenalkan budaya mereka kepada masyarakat lain,” katanya.

Beliau berkata, dalam kehidupan berbilang kaum, adat resam dan budaya berbeza bukan alasan untuk tidak menghormati dan mengekalkan perpaduan seperti yang dilakukan generasi terdahulu.

“Kita tidak segan meminta pertolongan jika dalam kesusahan dan masing-masing boleh menghulurkan bantuan,” katanya.

Pada majlis sama, pelatih PDK Seri Mentari turut menghiburkan tetamu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman dengan beberapa persembahan menarik.


0 comments:

share2