Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 4, 2016

[BENTONG] MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSEPADU KESELAMATAN JALAN RAYA


Satu majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat 8, 2016 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan bersempena perayaan tahun Baru Cina. Kempen ini diadakan di Hentian Raya Bentong.


Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat 8 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ir. Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak, Pengerusi jawatankuasa Kemudahan Asas Dan Alam Sekitar Negeri Pahang Merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Pahang. Turut hadir sama Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bentong, YDCH CP Dato’ Sri Sharifuddin bin Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang serta Ketua Ketua Jabatan.


Di dalam majlis ini, YB Dato’ Sri Ir. Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak menggesa para pemandu mengutamakan keselamatan kerana jumlah kemalangan jalanraya seluruh negara semakin meningkat saban tahun. Menurut beliau, secara purata, 18 orang maut akibat kemalangan jalanraya setiap hari di seluruh negara. Dan dianggarkan secara purata, lebih 6 ribu orang maut akibat kemalangan jalanraya setiap tahun. Oleh itu para pengguna jalanraya hendaklah berhati hati untuk mengelakkan kemalangan terutama di musim perayaan.



Di dalam majlis ini juga, YB Dato’ Sri Ir. Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak turut merasmikan pelepasan kenderaan PDRM bersama Pasukan Motorsikal Berkuasa Tinggi dari Skuad Muda 1JPJ Negeri Pahang, menyampaikan topi keledar percuma kepada penunggang motorsikal dan cenderahati kepada pengguna jalan raya yang melalui Bandar Bentong.

0 comments:

share2