Alor Setar - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah membuat sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Mukhriz juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
0 comments:
Post a Comment