Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 2, 2016

VIRAL DAKWA PIYA MAUT KEMALANGAN TIDAK BENAR


Piya


Paparan status di laman sosial Facebook (FB) yang mendakwa kapten pasukan bola sepak Kelantan, Mohd Badhri Radzi @ Piya maut dalam kemalangan di Kota Bharu‎ adalah tidak benar.

The Red Warrior Football Club (TRWFC) menerusi posting terbaharu akaun Facebook rasmi mengesahkan penafian berita viral itu.

Dalam pada itu, TRWFC turut meluahkan rasa kecewa berhubung sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan berita tersebut.

“Berita tersebut adalah palsu. Kami sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dari pihak yang menyebarkan berita tersebut.

“Piya dalam keadaan sihat dan tidak terlibat dengan sebarang kemalangan hari ini,” kenyataan itu dipetik.

Kecoh di laman sosial pada petang ini apabila tersebarnya berita kemalangan melibatkan kapten pasukan bola sepak Kelantan itu.


0 comments:

share2