Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 2, 2016

SEMPAT UCAP 'SELAMAT TAHUN BARU' SEBELUM MENINGGAL


2016


New York - Permulaan tahun baharu bagi bandar New York berakhir tragedi apabila seorang lelaki dilaporkan terbunuh ketika lif yang memuatkan dirinya terhempas hingga tingkat bawah bangunan Manhattan. 

Saksi, Manuel Coronado, mengatakan sebelum lif tersebut terhempas, mangsa, Stephen Hewett-Brown, 25, sempat mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ selepas membantu seorang penumpang wanita melepaskan diri daripada lif tersebut. 

Coronado juga mengaku cuba membantu mangsa untuk keluar daripada lif tersebut bagaimanapun tidak berjaya. 

“Mangsa ada mengatakan bahawa dia tidak boleh bernafas, Saya cuba bantu dia keluar, bagaimanapun dia meminta untuk dibiarkan terus berada di situ (di dalam lif),” katanya. 

Memetik laporan abcnews.com, jabatan penyelenggaraan bangunan itu kini sedang membuka kertas siasatan berhubung tragedi tahun baharu itu. 

Difahamkan, sebelum ini, terdapat banyak aduan mengenai kerosakan disengajakan ke atas lif tersebut.


0 comments:

share2