Dalam satu Sidang Akhbar yang diadakan oleh SPRM baru-baru ini, Dato' Azam menjelaskan mereka mengambil masa yang lama sehingga 2 bulan setengah untuk mendapatkan bukti yang cukup untuk mendakwa pihak yang terbabit.
Mereka tidak memaklumkan penyiasatan mereka kepada awam kerana mematuhi kerahsiaan dalam menjalankan tugas. Justru itu menyangkal persepsi bahawa SPRM tidak menjalankan kerja atau tidak mengambil tindakan.
Bagaimanapun SPRM hanya fokus kepada aduan berkaitan dengan rasuah dan tidak mengambil kira banyak aduan lain yang melibatkan alam sekitar yang bukan dalam bidang kuasa mereka.
Beliau juga menjelaskan bahawa ini apa yang berlaku bukanlah kerana kelemahan pentadbiran tetapi adalah kelemahan penguatkuasaan.
Dato' Azam tidak menolak bahawa beberapa orang lagi akan ditahan yang terdiri dari orang awam dan pegawai-pegawai kerajaan. Selain itu beliau juga mengesahkan ada menerima aduan pegawai dari kementerian lain yang juga disyakki terlibat dan siasatan rapi sedang dibuat.
0 comments:
Post a Comment