Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 14, 2016

[KUANTAN] IMIGRESEN TAHAN 59 WARGA ASING

Pati



Jabatan Imigresen Pahang menahan 59 warga asing dalam 16 serbuan berasingan menerusi Op Ikrar di sekitar bandar ini yang diadakan pada Selasa dan semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Tinggi Imigresen, Mohd Rosli Mat Nun berkata seramai 122 warga asing diperiksa dalam operasi yang dijalankan 20 pegawai penguat kuasa Imigresen yang memberi tumpuan kepada restoran dan bilik sewa warga asing di sekitar Kuantan.

"Mereka yang ditahan melakukan kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja tamat tempoh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata mereka yang ditahan berusia antara 20 dan 50 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Terengganu untuk siasatan lanjut. - Bernama




0 comments:

share2