Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 20, 2016

[KUANTAN] MGCC SETARAF KELAB GOLF ANTARABANGSA



Mahkota Golf & Country Club (MGCC) yang dibangunkan sejak 2013 dilihat setaraf dengan kelab golf antarabangsa.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, padang golf yang dilengkapi dengan 18 lubang itu kini berupaya menarik tumpuan peminat golf dari dalam dan luar Pahang.

Titahnya, MGCC turut dilengkapi kemudahan rekreasi yang lain seperti kolam renang gelanggang tenis dan badminton.

“Saya harap peminat golf di sini akan memanfaatkan dan menikmati suasana baharu di MGCC ini memandangkan ia setaraf dengan kelab golf antarabangsa.

“Komitmen daripada syarikat yang bertanggungjawab menjadikan MGCC satu lokasi sukan golf yang terbaik,”titahnya pada Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi MGCC yang dirasmikan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi MGCC berkata, padang golf itu dibangunkan semula oleh seorang arkitek golf Australia.

“Kita turut merancang pembangunan di kawasan ini dengan membina hotel lima bintang, kondominium, pusat membeli-belah, spa dan kolej universiti.

"Rancangan pembangunan ini diharap dapat dilaksanakan secara berperingkat. Saya juga berharap dengan adanya MGCC ini mampu menjadi tarikan baharu pelancong ke Kuantan.

"Dalam masa sama, saya berharap perancangan masa hadapan untuk MGCC mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri,"titahnya. Pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah berkenan menyertai pertandingan golf sempena majlis perasmian itu.
 
 
 
 

0 comments:

share2