Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 19, 2016

[KUANTAN] LELAKI PAKISTAN DATANG KUTIP DERMA DITAHAN

derma



Polis menahan seorang warganegara Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam serbuan di Masjid Al-Fattah, Batu 3, Jalan Gambang di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata hasil penahanan suspek berusia 52 tahun itu polis turut merampas sejumlah wang bernilai RM3,312 dipercayai kutipan derma orang awam.

"Siasatan awal mendapati warga Pakistan itu dipercayai telah memasuki Malaysia secara haram pada pertengahan tahun lepas dan lokasi kutipan derma adalah di kawasan masjid dan surau.

"Lelaki ini berada di Kuantan menjalankan aktiviti kutipan derma ini sejak tiga minggu lepas.

"Sebelum itu dia berada di Kuala Lumpur selama enam bulan dan menjalankan aktiviti ini secara berseorangan," kata Abdul Aziz pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, ketika soal siasat, lelaki itu mengaku mengutip derma bagi pihak sebuah Maahad Tahfiz di Pakistan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan sebatan dan denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959.

Abdul Aziz menasihati mana-mana pihak yang ingin mengutip derma bagi tujuan kebajikan mendapatkan kebenaran pihak berwajib





0 comments:

share2