Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 4, 2016

DUA SUSPEK TETAK PEKERJA PUSAT KOMPUTER DITAHAN


PDRM


Kuala Lumpu - Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian menetak seorang lelaki di sebuah pusat komputer di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata dua suspek berusia 44 dan 46 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan hari ini, dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam semalam itu, tiga suspek lelaki berusia 40-an bertindak menetak seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan parang panjang dan rotan.

"Insiden berlaku akibat salah faham antara suspek dan mangsa yang merupakan pekerja di pusat komputer itu.

"Tiga suspek yang tidak berpuas hati masuk ke pusat komputer berkenaan dengan membawa sebilah parang panjang dan rotan lalu menetak mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di leher, kini dirawat di Hospital Serdang dan keadaannya dilaporkan stabil.


0 comments:

share2