Washington - Calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trumph mengesa agar orang Islam dihalang untuk memasuki Amerika Syarikat susulan kejadian tembakan di California oleh pasangan suami isteri yang dipercayai dari kumpulan militan IS.
Pembantunya bagaimanapun tidak menyatakan samada cadangan itu akan dikenakan kepada pelancong dan pendatang atau kepada warga Amerika Syarikat beragama Islam yang tingal di luar negara.
Menurut Trump, halangan kemasukan terhadap orang Islam akan kekal sehingalah wakil dari negara dapat mengenalpasti apa sebenarnya yang sedang berlaku.
"Kita tidak mempunyai pilihan, radikal IS mahu membunuh rakyat Amerika.
"Ia semakin buruk hari demi hari, kita akan menghadapi serangan seperti World Trade Centre," katanya sambil merujuk insiden serangan 11 September 2011 yang dipetik dari AFP.
Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pesaing Trump dan White House yang mengecam gesaan Trump itu kerana ia dianggap "amat bertentangan" dengan nilai-nilai Amerika Syarikat.
"Kami mempunyai Rang Undang-Undang Hak kami, menghormati kebebasan beragama," kata Ben Rhodes, salah seorang pembantu dasar luar Presiden Barack Obama.
0 comments:
Post a Comment