Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 4, 2015

TANAMAN CILI DISERANG KESING


Tanaman cili diserang kesing


Kuala nerang - Seorang petani di Kampung Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, di sini mengalami kerugian hampir RM10,000 apabila tanaman cili yang diusahakan rosak diserang kesing.

Petani, Hafiz Tajudin, 31, berkata, pada mulanya dia menyangka tanamannya kurang vitamin kerana daun pokok gugur manakala buahnya bertukar warna hingga sukar untuk dipasarkan.

Menurutnya, pokok cili yang diserang serangga itu akan mengalami masalah pertumbuhan sebelum mati.

“Selepas saya membeli vitamin dan menyemburnya, beberapa minggu kesannya masih begitu hinggalah saya melawat ladang pada waktu malam.

"Ketika itu, barulah saya ternampak beribu-ribu kesing menyerang hasil tanaman dan kebanyakannya melekat pada daun serta cili," katanya.

Hafiz berkata, bagi mengelak tanamannya terus diserang serangga itu, dia menyembur racun serangga dan mendapati kesing tidak lagi merosakkan tanamannya.

Jelasnya, bagaimanapun tidak lama kemudian serangga itu muncul kembali hingga merosakkan hasil tanaman dan sukar untuk menjual,” katanya.

"Kejadian itu merupakan pertama kali dialami sejak enam tahun melibatkan diri dalam bidang pertanian.

“Mungkin serangga itu menyerang tanaman saya kerana ketika ini sawah berhampiran sedang dibajak menyebabkannya berpindah ke tanaman yang ada di sekitar kawasan itu," katanya.

Hafiz berkata, dia terpaksa memusnahkan semua tanaman cilinya sebelum menanam tanaman baharu.

Menurutnya, dia kini mengalami masalah modal bagi memulakan semua pertanian itu.

"Saya berharap ada pihak yang sudi membantu menghapuskan serangga berkenaan bagi mengelakkan tanaman petani diserang lagi," katanya.


0 comments:

share2