Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 1, 2015

SAMPAH PUNCA BANJIR


Banjir


Georgetown - Sampah yang banyak menjadi punca rumah pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Teluk Kumbar tidak mampu menampung kadar hujan lebat malam kelmarin.

Exco Kerajaan Tempatana dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, antara punca berlaku banjir kilat ialah air sungai tidak dapat mengalir dengan sempurna kerana halangan sampah sarap.

Beliau berkata, hujan berterusan melebihi 80 milimeter (mm) dalam tempoh dua jam bermula jam 7.30 malam turut menjadi penyumbang kepada banjir.

“Sistem saluran tidak dapat menampung kapasiti air hujan kerana rumah pam JPS tidak berupaya menampungnya disebabkan sampah yang banyak,” katanya.

Antara kawasan yang terlibat ialah Sungai Tiram, Relau, Teluk Kumbar, Baru Bayan, Kampung Seronak, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Batu Maung. Jalan Mahsuri, Jalan Tengah dan Jalan Azlan Shah turut dinaiki air.

Menurutnya, punca banjir di kawasan Batu Maung disebabkan aliran lumpur dari kawasan pembangunan berdekatan menyebabkan parit Jabatan Kerja Raya (JKR) tersumbat dengan pasir.

Kon Yeow berkata, JPS akan membersihkan sampah dan halangan di kawasan rumah pam serta menambah bilangan kakitangan untuk memantau keadaan agar ia berada dalam keadaan baik bagi penyelesaian jangka pendek.

Di kawasan Batu Maung, JPS akan mengeluarkan arahan kepada pemaju untuk melaksanakan kerja mengorek semula parit yang tersumbat.


0 comments:

share2