Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 18, 2015

PEKEBUN TAK BERTANGGUNGJAWAB GUNA RACUN PEROSAK HARAM


Kuala Lumpur - Racun perosak yang diharamkan penggunaannya kerana mempunyai kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar, didapati masih digunakan di Cameron Highlands berikutan pihak berkuasa gagal untuk mengenal pasti dalang terbabit.

Pengarah Eksekutif Pesticide Action Network Asia and Pacific (PANAP), Sarojini V. Rengam berkata Lembaga Racun Makhluk Perosak dari Kementerian Pertanian telah menjalankan siasatan di Cameron Highlands pada Mac dan April tahun ini.

Ini adalah sejurus selepas PANAP menjelaskan penemuannya pada Mac bahawa racun perosak yang diharamkan, di mana pengunaannya mempunyai kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar, didapati bukan sahaja di sungai tetapi juga di dalam air paip di Cameron Highlands.

Racun perosak yang diharamkan di banyak negara termasuk Malaysia, ditemui di lima sampel tapak. Kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di lokasi Sungai Bertam dan Sungai Terla, dan juga pada air paip di Brinchang.

Racun perosak yang mengakibatkan maut termasuk Endosulfan merupakan sangat akut toksin dan pengganggu endokrin disyaki diharamkan pada 2005 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

“Setakat yang kita tahu, pihak berkuasa tidak dapat mengesan punca racun perosak yang diharamkan kerana penjual hanya akan menjualnya kepada orang-orang yang mereka kenal.

“Ini bermakna bahawa pengguna masih lagi terdedah untuk makan sayur-sayuran dari Cameron Highlands, hasil penggunaan racun perosak ini,” katanya kepada The Rakyat Post.

Difahamkan, racun perosak boleh menyebabkan ‘kecacatan kelahiran, kerosakan saraf, kanser, dan sebagainya, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA).

Sarojini memberi amaran bahawa penggunaan racun perosak yang diharamkan itu akan menyebabkan orang ramai menghadapi pelbagai ancaman kesihatan awam dan alam sekitar, melalui jangka masa panjang daripada racun perosak biasa.

Satu faktor utama yang menyumbang kepada penggunaan berlebihan racun perosak adalah kurangnya percaya di kalangan petani bahawa mereka boleh berjaya menanam tanaman dan memaksimumkan hasil tanpa bergantung kepada bahan kimia.

0 comments:

share2