Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 4, 2011

Jalur lebar ‘Bijak’ Tangani Jenayah


Semua pegawai dan anggota polis di negeri ini digalakkan menggunakan kemudahan jalur lebar bagi membasmi budaya buta komputer dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, kebolehan menguasai jalur lebar dilihat sangat penting bagi melicinkan tugas harian mereka.

Kata beliau, penggunaan jalur lebar secara meluas juga dapat membanteras jenayah dengan lebih bijak dan efektif.

“Usaha banteras jenayah ini mempunyai banyak cara antaranya dengan maklumat, kerjasama dan kelengkapan. Mereka turut dibekalkan dengan perkhidmatan jalur lebar dan kita sangat mengharapkan mereka menggunakannya dalam membantu tugasan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sumbangan komputer riba kepada Polis Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 10 unit komputer riba dan modem diterima oleh IPK Pahang daripada syarikat pembekal telekomunikasi tanah air, Digi. Sehingga kini, syarikat terbabit menyumbang sebanyak 700 unit komputer riba di ibu pejabat polis dan balai polis di seluruh Pantai Timur sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Sharifuddin turut meminta badan korporat lain menyumbang keperluan yang boleh diguna pakai untuk mencegah jenayah selain dapat mengeratkan hubungan.

0 comments:

share2