Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 18, 2015

[KUANTAN] 'KUANTAN HERITAGE WALK'



17hb Disember 2015 - Pelancongan Pahang mensasarkan kunjungan pelancong seramai 12 juta pada tahun depan sempena 'Tahun Melawat Pahang 2016'.

Demikian dinyatakan oleh YH Dato' Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Pelancongan Pahang dalam satu sidang media di Restoran Seri Hijrah disini pagi semalam.

Dalam 'Majlis Aspirasi Tourism Pahang Bersama Media', Dato' Ishak Mokhtar meresmikan pelancaran 'Fun Map of Kuantan' dan 'Kuantan Heritage Walk'. Beliau berharap dengan mempromosikan 'Fun Map of Kuantan' dan 'Kuantan Heritage Walk' pelancong akan tinggal lebih lama dan ini akan dapat menjana ekonomi setempat.

Selesai acara pelancaran berkenaan sahabat-sahabat media dibawa berjalan melalui sebahagian dari laluan 'Kuantan Heritage Walk' dalam suasana hujan renyai-renyai.




0 comments:

share2