Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 9, 2015

#PAU2015: TAK GUNA KALAU GAGAL DAPAT SOKONGAN PENGUNDI


PAU 2015


Kuala Lumpur - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan perwakilan Pemuda Umno bahawa tanpa sokongan rakyat parti itu bukanlah 'siapa-siapa'.

‎Katanya, oleh itu beliau menyeru para perwakilan untuk sentiasa mendampingi rakyat kerana kuasa sebenar adalah rakyat.

"Sedarkah kita, kuasa paling mutlak dan hakiki dalam politik duniawi adalah rakyat - bukannya pembesar, bangsawan dan kenamaan, tidak juga para Menteri, tetapi rakyat jelata. 

"Tanpa amanah dan sokongan rakyat, perjuangan demi, agama,bangsa dan negara (ABATA) hanyalah retorik kerana ia menuntut kuasa pentadbiran yang juga datang hanya daripada mandat rakyat.

"Oleh itu perjuangan demi ABATA dan sokongan rakyat tidak boleh dipisah, justeru Umno dan rakyat juga berpisah tiada," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Khairy berkata , apa gunanya jika hanya kuat dalam parti tetapi kalah apabila bertarung dalam merebut sokongan rakyat.

"Kita tidak boleh bercakap hanya untuk menjadi halwa telinga penyokong kita, kerana yang jauh lebih besar jumlahnya adalah rakyat.

"Apakah gunanya memenangi hati 3 juta ahli Umno sahaja, tetapi tidak mengambil peduli lebih 10 juta pengundi yang bukan ahli parti," katanya.

Oleh itu Khairy berkata‎, menyedari akan hakikat itulah, Pemuda harus sentiasa mendampingi rakyat, mendengar rintihan rakyat serta membawa suara dan aspirasi rakyat ke tengah gelanggang perjuangan parti keramat itu.


0 comments:

share2