Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 12, 2015

#PAU2015: PILIH JIWA BESAR, NAJIB AJAK BERDAMAI


Datuk Seri Najib Razak


"Bahawa saya Najib Razak sebagai Presiden Umno memilih untuk berjiwa besar," kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

"Saya buka pintu dan jendel hati hulur silaturahim kepada semua untuk kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan Umno," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Para perwakilan yang ada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera itu turut bangun berdiri sebagai tanda sokongan.

Persidangan kali ini agak tegang apabila hubungan antara presiden dan timbalan presiden parti itu dilanda krisis.

Sepanjang dua hari perbahasan berlangsung kebanyakan pembahas meminta agar kedua-dua pemimpin mereka kembali berdamai.

Najib dalam nada tegas menyambung ucapannya itu dengan mengingatkan kepada mana-mana pihak yang masih menolak untuk berdamai bakal berdepan dengan tindakan.

"Dengan ini saya mahu nyatakan, seandainya mana-mana pihak mahu menolak dan bertelagah, faham baik, baik. Ini bukan soal peribadi, bukan tentang saya sebagai presiden, tetapi mereka tolak untuk cari titik pendamaian, mereka (bermakna) menolak keputusan syura Umno," katanya.

Sumber

0 comments:

share2