KUALA LUMPUR - Pasukan Gelombang Biru baharu akan diwujudkan bagi menangani serangan siber dengan lebih berkesan terhadap Umno dan BN, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau dan seorang lagi naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan bertanggungjawab memperkasakan pasukan tersebut serta menyelaras strategi yang berkesan.
"Gelombang Biru yang baharu harus lebih fokus dan selaras dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan pihak musuh," katanya pada sidang media sempena hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini hari ini.
Pada sidang media itu yang turut dihadiri Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid diminta mengulas pandangan perwakilan Umno yang mempersoalkan ketiadaan pasukan Gelombang Biru bagi menangani serangan-serangan Red Bean Army, iaitu Kumpulan Tentera Siber yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan.
"Peperangan minda seperti ini harus ada penyelarasan antara penggiat-penggiat alam siber ini bagi memastikan maklumat disalurkan dengan lebih berkesan," katanya.
0 comments:
Post a Comment