Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 11, 2015

#PAU2015 : FITNAH BOLEH BAWA PERPECAHAN

IMG_7547


KUALA LUMPUR, 10 Dis – Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berpendapat fitnah bukan sahaja boleh meyebabkan timbulnya perselisihan faham malah akhirnya boleh memecah-belahkan sesebuah parti jika tidak ditangani dengan berhati-hati.

Beliau yang mewakili Pemuda UMNO berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden seterusnya berkata sebagai orang Islam, agama telah mengajar kita untuk jangan menipu dan memfitnah orang lain sehingga mengakibatkan perpecahan umat.

“Kita jangan main-main dengan fitnah atau mengeluarkan kenyataan yang kita tidak mempunyai kesahihan tentang maklumat itu apatah lagi kebenarannya.

“Fitnah Syubhah yang sering diamalkan oleh sesetengah individu kini kebanyakannya bertujuan untuk mengelirukan pihak tertentu sehinggakan terjadinya pertengkaran dan perbalahan,” katanya ketika berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Fathul bersependapat dan menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk mempraktikkan konsep al-Jamaah yang dilihat mampu mengukuhkan semula perpaduan semua kaum dan bangsa.

“Saya menyeru kepada semua yang berada dalam dewan ini untuk sama-sama kita menuju ke arah perpaduan, ke arah pendamaian seterusnya mewujudkan ahli-ahli yang mengamalkan al-Jamaah,” tambahnya.

Antara cadangan yang diberi untuk mengurus perselisihan oleh Fathul ialah umat perlu kembali menguasai ilmu-ilmu agama, perlu mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan bersabar dalam menghadapi segala ujian.




0 comments:

share2