Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 16, 2015

[MARAN] MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI MERIAH


15.12.2015 - Mengambil kesempatan cuti persekolahan hujung tahun yang panjang,satu majlis berkhatan beramai-ramai telah di adakan di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul Felda Jengka 3 Maran,Pahang.Program Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul telah mendapat sambutan luarbiasa daripada penduduk setempat.

Acara yang secara tradisinya dijalankan di DUN Kuala Sentul disertai oleh 69 kanak-kanak untuk dikhatankan secara beramai-ramai.majlis yang dimulakan dengan ucapan dari ADUN Kuala Sentul,YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang antara lain berkata"tradisi berkhatan beramai-ramai ini bukan sahaja meneruskan tradisi Melayu dan memenuhi tuntutan agama tetapi lebih dari itu".

Pendaftaran peserta Khatan Perdana oleh urusetia program

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin beramah mesra dengan ibu bapa
kanak-kanak yang terlibat dengan program

Imam masjid Jengka 3 membacakan doa selamat program

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsudin menyampaikan ucapan
ebelum program bermula

Peserta program bergambar kenangan bersama YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin
dan juga penyelaras program Parlimen Maran

Kemeriahan kanak-kanak jelas terpancar dengan pancutan air bomba oleh
YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin

Acara pancutan air bomba menghilangkan rasa resah dan gusar
sebelum dikhatankan

Kanak-kanan menerima buah tangan Ahli Parlimen Maran yang di sampaikan
oleh YB Dato'Shahaniza Shamsuddin

"Kegusaran dan ketakutan untuk dikhatankan dapat diminimakan apabila melihat ramai rakan-rakan sebaya turut sama menyertai majlis khatan beramai-ramai.Ibu bapa juga dapat merapatkan silaturahim dan berkongsi pengalam indah kanak-kanak yang menempuh alam dewasa pada suatu majlis yang diadakan secara beramai-ramai yang mungkin akan dikenang sepanjang hidup oleh kanak-kanak tersebut"

Majlis Khatan Perdana Parlimen Maran bersama ADUN Kuala Sentul dijayakan bersama "Mudim" dari Kementerian Kesihatan yang berdekatan disamping dibantu oleh pegwai Bomba yang turut memeriahkan majlis tersebut dengan acara tradisi memandikan mereka dengan pancutan air.

Selain itu juga acara ini diharap dapat membantu meringankan beban ibu bapa khususnya di DUN Kuala Sentul yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka kerana semua kos ditanggung oleh penganjur.


0 comments:

share2