Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 5, 2015

[KUANTAN] PEMADAM SARAN PAHANG HARAM VAPE


vape


Pemadam Pahang, mahu kerajaan negeri bertindak tegas mengharamkan rokok elektronik atau vape di negeri ini bagi mengelak berlakunya risiko lebih buruk terhadap kesihatan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pemadam Negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, cecair vape yang bernikotin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan individu terbabit.

Menurutnya, pengharaman perlu kerana penggunaan vape amat membimbangkan di kalangan generasi muda. Golongan remaja mudah tertarik kepada rasa dan bau vape.

“Saya berpendapat vape lebih berbahaya daripada rokok kerana ia menjadi trend yang menjadikan golongan muda terutamanya pelajar sekolah untuk merokok.

“Cecair vape boleh bertukar menyerupai ubat pengawet mayat yang menjadi punca utama barah kerana dipercayai mengandungi bahan propylene glycol.

“Apabila peranti vape dibakar menggunakan bateri cecair itu akan menjadi panas lalu membentuk formaldehyde iaitu ubat pengawet mayat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menyokong tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar penjualan vape di negeri itu diharamkan.

“Keputusan yang dibuat perlu adil dan kita mahu satu undang-undang yang lebih kuat untuk kita kawal semua sekali termasuk pengambilan rokok.

“Sebagai langkah permulaan, eloklah perluaskan zon bebas asap rokok dan asap vape ini di kawasan-kawasan terbuka,” katanya. 

Sinar Harian semalam, melaporkan dakwaan peniaga vape yang akan rugi sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mengharamkan penjualannya.


0 comments:

share2