Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 1, 2015

[KUANTAN] DUA KENDERAAN ROSAK AKIBAT TANAH RUNTUH

Dua kenderaan rosak akibat tanah runtuh




Hujan lebat yang turun awal pagi semalam menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan tapak letak kereta di sebuah chalet di Sungai Lembing hingga mengakibatkan dua buah kenderaan mengalami kerosakan.

Ketua Balai Polis Sungai Lembing SM Harsat Yaakob berkata kejadian berlaku kira-kira sejam selepas hujan lebat, antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi.

"Kedua-dua kenderaan jenis pacuan empat roda itu dilapor menggelongsor ke lereng bukit dan mengalami kerosakan kecil.

"Sebuah daripadanya adalah milik pengunjung manakala sebuah lagi kepunyaan pemilik chalet. Kedua-duanya ditarik ke atas jam 11 pagi," " katanya.

Beliau berkata mujur kenderaan tersebut tidak terjatuh ke bawah lereng bukit kerana pemiliknya sebelum ini membina konkrit penahan hakisan di tepi lereng tersebut.




0 comments:

share2