Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 5, 2015

KERETA DIBAKAR ANGKARA KHIANAT


Kereta dibakar angkara khianat


Wangsa Maju - Sebuah kereta jenis Perodua Myvi dibakar dipercayai angkara khianat.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Rampai di sini kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, kejadian disedari jiran berdekatan yang bertindak pantas memadam kebakaran sebelum merebak.

“Siasatan mendapati kebakaran berpunca dari bekas berisi petrol yang telah dinyalakan api dan dibaling ke arah kenderaan terbabit.

“Bagaimanapun tindakan anggota memanggil pemilik kenderaan itu, gagal selepas tiada maklum balas dari dalam rumah mangsa. Bahkan panggilan telefon mangsa juga tidak berjawab,” katanya.

Kejadian hanya disedari pemilik kenderaan kira-kira jam 11.20 pagi semalam, sebaik beliau bangun dari tidur akibat keletihan selepas pulang dari upacara kematian saudaranya.

0 comments:

share2