Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 18, 2015

JURUTEKNIK MAUT 'DITELAN' ENJIN PESAWAT


Juruteknik maut 'ditelan' enjin pesawat


Mumbai - Juruteknik penerbangan Air India maut apabila disedut ke dalam enjin pesawat yang diletakkan di Lapangan Terbang Mumbai, India.

Insiden berlaku apabila pembantu juruterbang penerbangan Mumbai-Hyderabad AI 619 tersalah anggap isyarat dengan menghidupkan enjin dan mangsa, Ravi Subramanian disedut ke dalam enjin pesawat berkenaan.

"Juruteknik Air India disahkan meninggal dunia dan punca kejadian masih disiasat," kata jurucakap Air India, Ashwani Lohani.

"Kami menzahirkan rasa sedih dan kesal di atas insiden tragis tersebut," tambahnya dipetik Hindustan Times

Sementara itu, sumber Air India berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat memastikan bagaimana mangsa boleh berada berdekatan pesawat dan hanya siasatan lanjut akan dapat memastikan sama ada ia adalah kecuaian manusia atau sebaliknya.

Polis tempatan, syarikat penerbangan dan pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.


0 comments:

share2