Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 23, 2015

GADIS 'HIJAB TERBUKA' KONGSI GAMBAR HANTU




Pastinya tiada siapa dalam kalangan kita berkeinginan untuk melihat rupa sebenar makhluk halus yang turut dipanggil hantu, syaitan dan jin. Bagaimana pun sesetengah manusia telah dikurniakan kebolehan ini sejak lahir lagi dan sudah terbiasa melihat makhluk-makhluk menyeramkan.


Terbaharu, seorang gadis berkongsi kisahnya yang berkebolehan melihat hantu di Twitter. Dia bukan sahaja bercerita mengenai hantu yang pernah dilihat, malahan melukis gambaran hantu-hantu yang selalu berada dekat dengannya.

Gadis dengan tweethandle @amalinahmd ini, telah mendapat perhatian ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah mistiknya.

Dia berkongsi gambar menyeramkan selepas menulis kicau, “Antara hantu Mel selalu nampak..”

Antara gambar yang disifatkan Mel sebagai hantu yang sering berkeliaran di sekelilingnya.

“Yang Mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia..”

“Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah rindu lah tu..”

“Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampaklah. Pakaian serba kuning..”

Itulah antara koleksi-koleksi gambar yang dilukis seterusnya dikongsikan gadis bernama Amalina atau Mel ini.

Sememangnya wajah-wajah yang dilukisnya ini menyeramkan bagi kita yang melihat namun sejauh mana kebenarannya tiada siapa benar-benar tahu.

Apa pun kami berharap agar Amalina terus tabah dan tenang menjalani kehidupannya yang sedikit berbeza daripada manusia normal lain.


0 comments:

share2