Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 8, 2015

DUA PENGGAL TERLALU PENDEK


Khairy Jamaluddin


Kuala Lumpur - Cadangan mengehadkan tempoh Presiden Umno memegang jawatan selama dua penggal adalah terlalu pendek, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dalam reaksinya terhadap cadangan agar jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal, Khairy berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam tempoh
berkenaan.

"Dua penggal ialah tiga tahun kali dua, apa yang boleh dibuat dalam enam tahun. Bagi saya cadangan itu terlalu pendek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah hari Perwakilan Bersama Ketua Pemuda Umno di sini sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang bermula hari ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru di sini semalam mencadangkan Umno mengehadkan tempoh presiden parti itu kepada dua penggal.

Menyatakan cadangan tersebut boleh dibincangkan, Khairy bagaimanapun menegaskan bahawa tempoh memegang jawatan utama itu perlulah munasabah bagi membolehkan Presiden Umno melaksanakan pelbagai perancangan demi kebaikan anggota Umno dan rakyat.

Sementara itu, Khairy berkata pergerakan itu akan membawa usul mengenai isu yang hangat diperkatakan generasi muda pada masa ini pada perhimpunan tersebut terutamanya berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.


0 comments:

share2