Mahkamah Tinggi hari ini telah membuat keputusan membatalkan saman yang difailkan bekas ahli UMNO terhadap Setiausaha Agung parti itu berhubung pemecatannya daripada parti terbabit.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha Bala mengarahkan bekas ahli UMNO itu membayar kos RM5,000 kepada kedua - dua defendan, termasuk Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Ketika membuat keputusan tersebut, Nantha berkata, pihak mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar sebarang perkara yang membabitkan tindakan yang dilakukan oleh parti Politik.
“Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan aduannya diadili mahkamah. Jika dalam semua ada satu yang bermakna, terletak di bawah Perlembagaan Umno itu sendiri, iaitu untuk membuat rayuan (selepas tiga tahun) mengikut Perlembagaan Umno supaya keahlian beliau dikembalikan, selaras Seksyen 40 Akta Pertubuhan 1966.
“Tidak dinafikan, tiga tahun terlalu lama dan ia mungkin tidak bermakna lagi untuk memohon keahlian dikembalikan, kerana lanskap mungkin sudah berubah pada masa itu, tetapi malangnya, itulah syarat ketika plaintif bersetuju menjadi ahli parti itu, justeru beliau tiada pilihan, kecuali mematuhi peraturan itu,” katanya dalam penghakiman bertulisnya.
Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966 juga turut memperuntukkan sebarang keputusan dibuat sebuah pucuk pimpinan sesebuah parti politik itu adalah bersifat Muktamad.
Pemecatan bekas ahli UMNO itu daripada parti telah dibuat melalui dua surat bertarikh 2 dan 3 September, susulan satu saman sivil yang difailkan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, Hakim Mahkamah, Nantha juga turut memutuskan bahawa perkataan “Pemecatan” dan “Gugur” yang merujuk kepada surat - surat itu langsung tidak berkesan.
0 comments:
Post a Comment