Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 5, 2015

TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP RESTORAN YANG HIDANG TELUR PENYU

Telur penyu dihidang dalam majlis makan malam



KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar akan mengambil tindakan terhadap restoran yang menyajikan telur penyu sebagai hidangan. 

William Baya, Pengarah Jabatan Hidupan Liar berkata demikian selepas beberapa gambar berhubung sebuah restoran di Sandakan menyajikan telur penyu sebagai hidangan untuk majlis makan rasmi pegawai kerajaan dimuatnaik di media sosial (Facebook) yang turut dihadiri oleh pemimpin persekutuan dan kerajaan negeri. 

“Kedua penyu hijau dan penyu sisik disenaraikan dibawah Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan menurut Seksyen 41, adalah menjadi kesalahan memiliki haiwan serta hasil haiwan (telur) daripada haiwan dalam senarai ini dan sekiranya didapati bersalah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.” Kata William 

“Saya telah mengarahkan dua pegawai jabatan untuk menyiasat kes ini dengan menyoalsiasat pemilik restoran berkenaan. Kita juga mesti mendapatkan bantuan Majlis Perbandaran Sandakan serta penganjur majlis bagi mengetahui bagaimana telur penyu menjadi antara hidangan di majlis makan malam itu,” tambah beliau 

“Kami berharap akan dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan kini kes ini merupakan prioriti jabatan.” Simpul William.-Sayangsabah




0 comments:

share2