Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 19, 2015

PARIS: ANONYMOUS MULA DEDAH MAKLUMAT IS


Paris: Anonymous mula dedah maklumat IS


Kumpulan penggodam yang mengelar diri mereka "Anonymous" mula membocorkan maklumat peribadi suspek kumpulan militan IS yang terlibat dalam serangan di Paris baru-baru ini.

Kumpulan aktivis ini menghimpun senarai akaun Twitter dan laman web yang disyaki pengganas, dalam usaha untuk mengenal pasti mereka hingga ke muka pengadilan.

Memetik laporan The Independent, sekurang-kurangnya satu posting dilihat mengandungi butiran termasuk alamat suspek yang dikenali sebagai perekrut ISIS di Eropah.

Kumpulan itu muncul untuk meningkatkan taktik yang dipanggil ‘operasi terbesar’, sebagai tindak balas kepada serangan yang menyebabkan lebih 120 nyawa terkorban.

Walaubagaimanapun tiada maklumat yang dikongsi kumpulan itu disahkan.

Anonymous mula menjalankan kempen ke atas kumpulan militan IS sejak tragedi Charlie Hebdo Januari lalu.

Ia termasuk menyerang laman web kumpulan pengganas dan mengenalpasti akuan Twitter kumpulan itu untuk melumpuhkan laman sosial tersebut.

0 comments:

share2