Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 19, 2015

EMPAT LELAKI SAMUN PENGAWAL KESELAMATAN GIAT MARA


Kes jenayah


Georgetown - Seorang pengawal keselamatan melalui detik cemas disamun empat lelaki ketika dia sedang bertugas di sebuah Pusat Giat Mara di Gelugor awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun didatangi seorang lelaki yang memakai topi dan menutup muka menggunakan sapu tangan terus menarik tangan pengawal keselamatan berkenaan sebelum mengarahnya masuk ke bilik kelas fotografi.

"Suspek mengacukan benda tajam dipercayai pisau di belakang mangsa dan sebaik masuk ke dalam bilik di tingkat dua bangunan Giat Mara, tiga lagi lelaki sudah sedia berada di situ dengan seorang daripada mereka mengikat tangan mangsa," katanya di sini malam ini.

Mior Faridalatrash berkata suspek bertindak menyelongkar bilik berkenaan sebelum melarikan diri serta mengunci mangsa di dalam bilik.

Suspek melarikan dua buah telefon bimbit, kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM50 milik mangsa, dua buah komputer riba dan dua buah kamera milik Pusat Giat Mara.

Katanya, mangsa berjaya membuka ikatan pada tangan dan terus balik ke rumah sebelum menghubungi pengurus Pusat Giat Mara memaklumkan kejadian serta membuat laporan polis.

Beliau berkata usaha mengesan empat lelaki itu sedang giat dijalankan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2