Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 19, 2015

[KUANTAN] JPAM BERI TINDAKAN AWAL DALAM PENGURUSAN BANJIR




19.11.15 - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menjadi petindak pertama (First Responder) di peringkat komuniti bagi mengurangkan masa tindak balas apabila menghadapi bencana berdasarkan struktur baru Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata APBN, Jabatan Perdana Menteri yang baru ditubuhkan baru-baru ini bagi memperkemaskan struktur pengurusan bencana negara serta mewujudkan sinergi antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana terasuk agensi tidak balas.

Beliau menjawab soalan dari ADUN Tanah Rata mengenai persediaan banjir di bawah APBN di Mesyuarat ke 3, Penggal ke 3, Dewan Negeri Pahang  ke 13.

"Selari dengan transformasi pengurusan bencana negara, mekanisme pengurusan bencana telah diperkemaskan di mana JPAM akan menjadi sekretariat dan urus setia bagi Jabawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat pentadbiran pusat, negeri, daerah dan menjadi peneraju di peringkat komuniti."

"JPAM turut dipertanggungjawabkan untuk menerajui penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam bersama organisasi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga atau yang setara bagi menyokong jentera pengurusan dan bantuan kepada masyarakat setempat."

"Dalam aspek pengurusan pusat pemindahan yang terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 657 pusat pemindahan telah disediakan untuk menampung pemindahan 140,205 mangsa di negeri Pahang dalam satu-satu masa. Selain itu JKM juga menyediakan sebuah Mini Depot Simpanan Keperluan Bencana di Kompleks Penyayang di Jalan Kampung Tiram, Kuantan," kata Dato' Sri Diraja Adnan

Menurut beliau lagi, setakat ini 86 Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) telah ditubuhkan meliputi seluruh kampung, mukim dan JKKK di Negeri Pahang dengan keanggotaan seramai 2,580 orang.





0 comments:

share2