Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 22, 2015

[KUANTAN] SPRM JANGKA MB DAN EXCO ISYTIHAR HARTA TAHUN INI


SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama 10 Exco akan mengisytiharkan harta masing-masing menjelang penghujung tahun ini. 

Pengarah SPRM, Datuk Zainul Darus berkata,pengisytiharan harta memerlukan masa untuk Exco dan Adun laksanakannya kerana mereka perlu isytiharkan harta sebelum dan ketika mereka menjadi wakil rakyat. 

Menurutnya, tiada tempoh masa yang diberikan kerana pengisytiharan harta bukan dibuat dengan paksaan,sebaliknya secara sukarela oleh Menteri Besar dan barisan Exco. 

“Ada antara Adun yang sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat dan proses pengisytiharan harta mereka mengambil masa dengan proses yang rumit untuk diselesaikan. 

“Bagaimanapun, pihak SPRM yakin,menjelang hujung tahun ini,mereka boleh isytiharkan harta masing-masing yang akan dikumpul dan ditandatangani oleh Menteri Besar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Penerangan dan Dialog Bersama Gabungan Persatuan Cina Negeri Pahang di sini, semalam. 

Zainul berkata, dalam jangka masa tiga bulan,pengisytiharan harta boleh dibuat dan satu majlis penyerahan akan dilaksanakan penghujung tahun ini.

Ogos lalu, Menteri Besar, Exco dan Adun Pahang telah menandatangani ikrar integriti bagi mempertahankan dan memperkukuhkan integriti setiap perkhidmatan yang diterajui mereka kepada SPRM bagi menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan negeri terbuka dan telus dalam usaha menangani rasuah. 

Adnan sebelum ini berkata, pada masa kini Exco Pahang merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM untuk memperlihatkan ketulusan dan integriti yang wujud dalam kerajaan negeri dan perkara ini boleh diperluaskan secara menyeluruh.


0 comments:

share2