Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 24, 2015

JET RUSIA TERHEMPAS DI SEMPADAN TURKI-SYRIA


Jet Rusia terhempas di sempadan Turki-Syria


Istanbul - Sebuah jet pejuang Rusia dilaporkan terhempas di sempadan Turki-Syria hari ini, kata Menteri Luar Rusia.

Menurut laporan CNN, nasib juruterbang dan punca nahas masih belum diketahui.

Terdahulu, agensi Turki, Anadolu melaporkan sebuah jet pejuang terhempas di Bayirbucak, Syria dan juruterbang dirakam menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

Kerajaan Turki sehingga kini merupakan penentang kuat kerajaan rejim Bashar al-Assad dan pernah menuduh kerajaan Syria menceroboh ruang udaranya.

Pada Mac 2014, kerajaan Turki menembak jatuh jet pejuang Syria kerana didapati menceroboh ruang udaranya.

Jet pejuang Rusia kini menggunakan ruang udara Syria dalam kempen pengeboman terhadap militan IS.

0 comments:

share2