Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 25, 2015

[BENTONG] MANFAATKAN KURSUS ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG


Satu program kelas masakan yang dikenali sebagai Kursus Pengkhususan Perniagaan Intensif (Kursus Bakery) telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Seramai 30 orang peserta pelbagai peringkat umur telahpun menyertai kursus ini.



Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari membuat beberapa jenis kek. Selain itu, para peserta juga diberikan galakan untuk menceburi bidang ini serta menjadikannya sebagai bidang perniagaan kerana masih kurang pembabitan golongan bumiputera didalam perniagaan kedai kek.



Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Y.H Dato Haji Kamarulzaman Hassan Mansor berkata, para peserta yang telah menamatkan kursus ini perlu meneruskan apa yang telah dipelajari supaya ianya tidak menjadi sia sia.



"Tambahan pula di luar sana masih kurang pengusaha pengusaha kedai kek yang terdiri daruipada golongan bumiputera. Para peserta juga boleh memanfaatkan teknologi media terkini seperti Facebook dan Whatapps untuk menjual kek yang telah dihasilkan. Justeru itu, para peserta perlu merebut peluang ini kerana bidang ini mampu menjana pendapatan yang lumayan".

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penutup Kursus Pengkhususan Perniagaan Intensif (Kursus Bakery) yang diadakan di Janda Baik, semalam.

0 comments:

share2