Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 7, 2015

TINDAKAN MENCURIGAKAN, 'ASKAR' DITANGKAP ORANG AWAM


Tindakan m'curigakan, 'askar' ditangkap orang awam


Kononnya singgah ke masjid untuk buang air, tetapi malang buat seorang ‘tentera’ ditangkap orang awam dalam keadaan mencurigakan.

Memetik laporan Suara.Tv, ketika ditangkap, askar berpangkat leftenan muda itu berpakaian lengkap Angkatan Tentera Malaysia (celoreng digital) singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap orang awam disoal siasat oleh pegawai bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan kepada lelaki itu juga iPad Mini dan iPhone 6 serta didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.

“Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini, telefon bimbit berjenama iPhone 6,” katanya.

'Askar' ini turut menjadi viral berikutan gambarnya memakai kasut tentera di ruang solat masjid.

Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di Johor.

0 comments:

share2