Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 10, 2015

SATU LAGI RANGKA DITEMUI, KEADAAN SEMPURNA


hilang orang asli


Kota Bharu - Satu lagi rangka kanak-kanak ditemui hari ini berdekatan lokasi dua kanak-kanak yang masih hidup ditemui di Post Tohoi, Gua Musang di sini semalam.

Rangka terbabit yang ditemui kira-kira jam 11 pagi ini dalam keadaan sempurna.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, rangka berkenaan belum dikenal pasti milik siapa.

"Kini ‎rangka terbabit dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat disamping ujian DNA akan dilakukan untuk membuat pengecaman.

"Setakat ini enam kanak-kanak telah ditemui‎, empat meninggal dunia, dua masih hidup dan hanya seorang lagi belum ditemui,"katanya.

0 comments:

share2