Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 4, 2015

PULAU BESAR GHAIB


Pulau Besar ghaib


Bandaraya Melaka - Kawasan Bandaraya Melaka di sini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang semalam dengan bacaan 153.

Ia sekali gus menyaksikan Bandaraya Melaka berada di kedudukan kelima kawasan paling tidak sihat seluruh negara selepas, Seremban (170), Nilai (169), Shah Alam (166) dan Pelabuhan Klang (159).

Bacaan yang berada pada tahap tidak sihat itu turut diikuti satu lagi kawasan di negeri ini iaitu Bukit Rambai dengan catatan IPU 152 pada waktu sama.

Menurut bacaan yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kadar bacaan IPU di kedua-dua kawasan tersebut menunjukkan trend menaik dari jam 10 pagi.

Tinjauan yang dibuat di Jeti Pengkalan Umbai-Pernu kira-kira jam 12 tengah hari semalam mendapati pemandangan amat terhad sehinggakan lokasi pelancongan Pulau Besar langsung tidak kelihatan dari dataran.

Sementara itu, catatan IPU antara 0 dan 50 adalah pada tahap baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

0 comments:

share2