Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 12, 2015

PT3: NAJIB UCAP SELAMAT BERJAYA


PT3: Najib ucap selamat berjaya


Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini.

"Selamat menduduki peperiksaan PT3 kepada semua pelajar Tingkatan 3. Belajar dan berehat secukupnya. Semoga cemerlang!" kata Najib dalam catatan di akaun Twitternya.

Ujian bertulis yang memasuki tahun kedua itu akan berakhir pada Khamis.

PT3 merangkumi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Subjek lain ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun yang diajar di sekolah tertentu.

0 comments:

share2