Kota Bharu - Pas belum menyatakan secara jelas sama ada mahu menyokong atau menolak sekiranya usul undi tidak percaya dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang parlimen bermula 26 Oktober ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya ingin melihat dahulu usul tersebut sebelum membuat ketetapan.
“Kita tunggu dan lihat apa yang kewajarannya, pernah usul ini beberapa tahun lalu dibawa,”katanya semasa sidang media selepas Program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.
Program itu dikatakan berjaya mengumpul lebiH 100 ribu penyokong dari seluruh negara.
Sementara itu, Hadi ketika ditanya adakah wajar usul itu itu dibawa, Ahli Parlimen Marang itu berkata, “kita lihat hujah mereka”
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas tidak menolak kemungkinan akan menambah bilangan calon sama ada di peringkat Dun dan Parlimen dalam PRU 14.
“ Kita akan tambah kerusi dan tambah kemenangan,”katanya.
0 comments:
Post a Comment