Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 21, 2015

`NASIB BAIK DIA PUKUL, KALAU SAYA...'


Abdul Rani Kulup Abdullah


Shah Alam - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menyokong tindakan pemilik kenderaan yang dirakam menampar seorang pekerja khidmat mencuci yang viral di laman sosial, baru-baru ini. 

“Nasib baik dia pukul, kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,” katanya dipetik dari laporan Free Malaysia Today. 

Abdul Rani memberitahu pemilik perniagaan patut dipersalahkan kerana tidak melatih pekerja mereka supaya menghormati pelanggan. 

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” kata Abdul Rani. 

Difahamkan, beliau telah membuat sebuah laporan polis berkenaan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. 

Sabtu lepas, seorang pekerja warganegara Bangladesh dipukul sehingga patah hidung.

0 comments:

share2