Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 21, 2015

DARI MAINAN KEPADA PENGANGKUTAN, PENYELAMAT DAN PEMUSNAH

Salah satu jenama drone' murah yang terdapat dipasaran


Drone adalah satu alat yang boleh diterbangkan tanpa pemandu dengan menggunakan alat kawalan jauh. Terdapat banyak jenama termasuk dengan harga rendah yang menawarkan berbagai keupayaan tertentu.

Drone telah jadi alat mainan terbang kawalan jauh yang dimainkan diserata dunia bukan sahaja dikalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga.

Dengan kajian dan ciptaan pakar-pakar, ianya sudah dievolusikan dari hanya sekadar perkakas mainan kepada alat pengangkutan masa depan, penyelamat bahkan sudahpun digunakan sebagai alatan dalam ketenteraan yang mampu menjadi sebahagian senjata pemusnah.

Diluar negara, mereka menggunakan drone sebagai alat penghantaran bantuan dalam misi menyelamat. Dalam keadaan kesesakan lalu-lintas ambulan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk tiba ditempat berlaku kemalangan, namun drone dapat tiba lebih awal untuk memberi bantuan.

2 video klip dibawah memaparkan keupayaan drone sebagai alat bantuan kecemasan dari hanya menghantar peralatan dan arahan kepada keupayaan membawa pesakit ke hospital terdekat bagi mendapat rawatan.

Mungkin masih terlalu awal bagi kita untuk membayangkan ianya dapat direalisasikan dinegara kita, namun masanya akan tiba nanti.




 




0 comments:

share2