Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 8, 2015

[MARAN] IBUBAPA MENJAGA OKU PERLU TINGKATKAN PENGETAHUAN KEIBUBAPAAN


8/10/2015 - Setiap insan istimewa tidak pernah diminta untuk dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan.Jika diberi peluang mereka juga ingin menikmati kehidupan normal seperti manusia lain yang bebas bergerak,lancar komunikasi dan pantas berfikir.

"Kemahiran keibubapaan tidak hanya terbatas kepada menjaga anak-aanak mereka,tetapi perlu menjangkau perkara yang lebih luas seperti dalam aspek pendidikan,pembangunan diri,kesihatan dan sebagainya" ujar YB Dato'Shahniza Exco Pembangunan Wanita Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Program Kemahiran Keibubapaan Anak berkeperluan khas(OKU) di Dewan Kompleks Rakan Muda Maran.

Program yang disertai hampir 150 peserta terdiri daripada ibubapa serta perjaga OKU itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN),Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Isteri Bekas Tentera Daerah Maran (Serikandi).

Antara lain pengisian program adalah ceramah dari Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pegawai Bahagian OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang selain dari pemerikasaan Mamogram,perkhidmatan suntikan HPV,pemeriksaan kesihatan dan ujian tekanan/stress.

Turut hadir dimajlis berkenaan Puan Zakiah binti Mohd Noh wakil Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negeri Pahang,Hj Yaakub bin Badu Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Maran,Kapten Zainab bin Abu Bakar wakil YDP Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Pahang serta Pn Hajjah Hashimah binti Hashim Ketua Serikandi Daerah Maran.





0 comments:

share2